Seminar Penghayatan Ramadhan 2011
Sukacita dimaklumkan, SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Hospital Pakar An-Nur (HPAN), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM);akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh             : 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat           : Pusat Konvensyen,
Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
Penyertaan    : PERCUMA (tiada yuran penyertaan)
Objektif seminar :
- Menggalakkan pembabitan kakitangan kesihatan dalam memberi kesedaran akan tanggungjawab dalam pengurusan ibadah puasa pesakit ketika Ramadhan.
- Memperjelas kepentingan dan kaedah pengurusan ibadah pesakit di bulan Ramadhan
- Memperjelas kaedah penggunaan ubat-ubatan di bulan Ramadahan
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput tuan / puan untuk mengikuti seminar tersebut. Beg saguhati, nota seminar dan makan minum akan disediakan. Walaubagaimanapun, kos pengangkutan dan penginapan peserta adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
Bersama ini, dilampirkan borang jawapan dan sila kembalikan secara faks kepada Persatuan Perubatan Islam Malaysia selewat-lewatnya pada 25 Julai 2011. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Cik Nasyrah                       di 013–6494 904/ 03-8926 3034
Cik Zaimah                        di 012-3940 207/ 03-8926 6036















